UNDIAN
BAND PILIHAN ANDA?!
DREAM THEATER, LARRONG DIANGKAT SEBAGAI FRONT COVER ISU KE-24 (EDISI MEI)
NEWSDREAM THEATER, LARRONG DIANGKAT SEBAGAI FRONT COVER ISU KE-24 (EDISI MEI)
Terkejut kerana Dream Theater dan Larrong menghiasi muka depan Karisma? Keterkejutan itu akan merangsang anda diserang histeria apabila membaca temuramah eksklusif bersama lagenda progresif metal dunia, Dream Theater yang punya ramai pengikut di sini serta kumpulan dari Sarawak, Larrong dengan death metalnya! Kedua-duanya eksklusif! Begitu juga dengan ruangan Buletin Semasa turut menyiarkan berita eksklusif dari Lefthanded. Nash (vokal) dan Man Kidal (gitar) berbicara tentang reunion dan perancangan mereka selepas ini yang semuanya boleh dibaca dalam Karisma.
RAKAMAN ALBUM BARU METALASIA DI TRICASTLE STUDIO
NEWSRAKAMAN ALBUM BARU METALASIA DI TRICASTLE STUDIO
Bermulanya sebuah epik baru bagi Metalasia apabila kini bersiap siaga untuk album baru yang penuh kesaktian purbakala ditilik di relung pancawarna delima sakti! Album ketiga itu sudah mula dirakamkan pada hujung tahun lalu di Tricastle Studio, Selangor dan dijangka memuatkan 10 atau 11 buah lagu yang masih dihelakan dengan speed/thrash/heavy/power metal dengan unsur-unsur progresif! Lagu yang sudah siap dirakamkan itu berjudul 'Perjanjian Nyawa' dan semua lagu dikarang dalam bahasa ibunda - alat pertuturan yang digunakan lidah moyang dan umat primitif di gugusan Nusantara!
SERUAN KEADILAN DI Q'ABUL MENGGAMIT EVOLUSI DAN FANATISME
NEWSSERUAN KEADILAN DI Q'ABUL MENGGAMIT EVOLUSI DAN FANATISME
"Hidup tanpa perjuangan ibarat mati yang belum mati..." demikian serangkap ayat yang tertera di kulit depan abum ketiga Lefthanded 'Q'abul' pada hujung '80-an. Ungkapan itu kini seakan satu azimat buat Lefthanded yang kembali semula dalam persada muzik tanahair. Ditiup 'semangat lamina', mereka kini bangkit dari 'satu tidur panjang' untuk menemui semula 'arah yang hilang' dalam 'rockirama'!
























