ALBUM BARU WINGS MEI ATAU JUN 2012!!!

AddThis Social Bookmark Button


Album baru itu akan diterbitkan gitaris Wings, Joe yang sebelum ini bertindak sebagai penerbit album kumpulan lagenda rock itu sejak album 'Bazooka Penaka' (1993). "Mereka akan masuk ke studio pada Februari depan dan sekarang ini sedang mencari penulis lirik yang sesuai dengan mereka, ini kerana penulis-penulis lirik sebelum ini seperti Allayarham Loloq dan J.S. Kevin telah meninggal dunia. Album baru Wings dirancang dikeluarkan pada Mei atau Jun tahun depan," kata satu sumber baru-baru ini yang mengesahkan berita berkenaan. Wings bakal beraksi dalam Konsert Loudspeaker di Stadium Merdeka, malam ini bersama XPDC, Faizal Tahir & The Royale FT Force dan Azlan And The Typewriter. Jangan ketinggalan saksikan mereka dan kumpulan atau artis lain! Sebarang urusan untuk membeli tiker boleh berurusan dengan menghubungi Madi 012-3862467 atau Zul 017-2766862. Jika ingin membeli secara dalam talian (online) sila lawati www.ticketonline.com.my atau boleh datang terus ke kaunter di stadium esok untuk membeli tiket!

Diskografi Wings

'Belenggu Irama' (1987)

'Hukum Karma' (1988)

'Teori Domino' (1990)

'Jerangkung Dalam Almari' (1991)

'Double Trouble' (bersama Search) (1992)

'Orang Asing' (1995)

'Biru Mata Hitamku' (1996)

'Double Trouble 2' (bersama Search) (1998)

'Mencari Asal Usul' (1998)

'Mr. Barbarik' (2000)

'Naga Kramat' (2002)

Pencapaian Wings

-Juara bulan Januari pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Taman Rashidah Utama (1989)

-Juara bulan Mac pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Mimpi Misteri Syakilla (1989)

-Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Taman Rashidah Utama & Mimpi Misteri Syakilla (1989)

-Naib Juara Persembahan Terbaik, lagu Taman Rashidah Utama, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)

-Tempat ketiga Persembahan Terbaik, lagu Misteri Mimpi Syakila, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)

-Juara bulan Mei pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Sejati (1990)

-Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Sejati (1990)

-Tempat ketiga Lagu Terbaik, lagu Sejati ciptaan M. Nasir, Anugerah Juara Lagu TV3 (1990)

Berikut adalah biografi ringkas yang dipetik daripada laman web Wings (http://www.sayap2wings.com) untuk rujukan dan tatapan pelayar facebook dan web Karisma. Opera Hidup Wings kembali dipentaskan dalam album baru dengan berinspirasikan taming sari!!!! Arghh!

-1985; Bermula dengan minat yang sama dalam dunia muzik, sebuah band yang dianggotai 4 anak muda ditubuh berteraskan irama rock n roll. Ahmad Azhar Othman@Awie, Rodzane Mohamed@Jojet, Syam dan Zul mula memberikan komitmen untuk haluan kerjaya mereka. Mereka giat mengadakan persembahan kecil di majlis perkahwinan dan di kelab sekitar ibukota. Dengan melantik Bob Lokman sebagai pengurus mereka, anak2 muda ini mula menetapkan hala tuju mereka untuk menjadi sebuah band yang memperjuangkan rock n roll di tanahair yang akan dikenali ramai. WINGS ~ nama yang dipilih mewakili wajah wajah keempat-empat anak muda ini sebagai nama band mereka.

-Malangnya Jojet mengundurkan diri dari Wings untuk bersama dengan kumpulan Gersang. Zul juga berundur atas sebab-sebab peribadi. Kedua-dua posisi drum dan bass diganti oleh Azmi Hashim@Black dari kumpulan Babylon sebagai pemain drum dan Shamsaidi Ulong Idris@Eddie dari kumpulan K.B.Blade sebagai pemain bass.

Mula terbang

-1987; Wings telah menerima banyak tawaran untuk menjadi artis syarikat rakaman selepas mula memberikan persembahan mantap disetiap show mereka. Namun mereka memilih Atlantic Sound Production (ASP) sebagai syarikat rakaman mereka atas alasan mahu sebuah syarikat rakaman yang tidak mempunyai artis rock ketika itu.

-Maka terbitlah album Belenggu Irama dibawah label ASP. Diterbitkan oleh M.Nasir, album ini mendapat sambutan luar jangkaan dengan terjual lebih 120,000 unit sehingga kini. Sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh sebuah band yang baru mengeluarkan album pertama ketika itu. Namun album ini telah digam penyiarannya oleh RTM atas sebab-sebab provokasi lagu-lagu dalam album itu sendiri. Ini tidak melemahkan semangat Wings untuk terus memperjuangkan irama rock n roll.

-Wings mula mengorak langkah dengan menerima mana-mana jemputan pertunjukan di seluruh pelusuk negara. Syam, pemain gitar utama telah mengundurkan diri untuk mengembangkan kerjaya seninya dan telah diganti dengan seorang pemain gitar berbangsa cina, Tham Wing Kwan@Tham dari kumpulan H20.

Karma mereka berubah

-1988; Tak lama bersama Wings, Tham mengundurkan diri dan Wings telah mengambil seorang pemain gitar kidal, Abdul Zamin Abdul Kadir@Joe dari kumpulan Scandals sebagai pemain gitar untuk mereka. Memenuhi syarat perjanjian kontrak dengan ASP dan juga ingin memberi sesuatu yang baru kepada peminat mereka, Wings ke King's Studio untuk merakam album kedua mereka bersama-sama dengan pemain gitar baru mereka. Maka terbitlah album Hukum Karma yang telah disiapkan hanya dalam masa 2 minggu sahaja.

-Dengan jualan yang telah mencecah ke angka 170,000 unit, Hukum Karma dianggap sebagai pemangkin untuk Wings terus melebarkan sayap kerjaya mereka. Undangan pertunjukan di seluruh negara cukup padat. Wings sudah mempunyai nama yang cukup kukuh ketika itu walaupun album Hukum Karma ini juga telah digamkan penyiarannya. Semangat untuk mempromosikan diri secara total melalui pertunjukan terus membakar.

Teori penguasaan yang berjaya

-1989; Sekali lagi, Wings telah masuk ke studio untuk mengeluarkan album ketiga mereka yang berjudul Teori Domino. Dibawah label yang baru bersama BMG Pasifik, kreativiti 4 anak muda ini terus diperah dalam menghasilkan yang terbaik untuk album mereka. Jarang berlaku didalam sejarah sesebuah lagu itu dirakam secara live dan bukan secara track by track. Dan pertama kalinya 3 buah lagu dirakam secara live dan terus menerus melalui album ini. Lagu Potret Monalisa, Insaf dan Midnight Blues dirakam secara terus menerus secara live. Sesuatu yang diluar jangkaan apabila album ini telah mendapat sambutan hangat sehingga berjaya terjual sebanyak 220,000 unit sehingga kini. Diterbitkan sekali lagi oleh M.Nasir, Wings benar-benar mencapai satu standard yang jarang dicapai oleh mana-mana band di Malaysia. Walaupun terus menerus digam penyiarannya oleh RTM, Wings tidak pernah putus dari menerima undangan pertunjukan di seluruh pelusuk negara

-Memasuki carta Muzik-Muzik 89 di TV3 merupakan suatu kejayaan untuk Wings dikenali melalui media elektronik. Dengan berbekalkan dua lagu Misteri Mimpi Syakila dan Taman Rashidah Utama, Wings berjaya masuk ke final pertandingan Juara Lagu 89. Dengan persembahan yang lain dari yang lain, Wings berjaya membolot tempat kedua dan ketiga untuk kategori Persembahan Terbaik pada malam itu.     

-Wings diberi penghormatan sebagai opening band untuk sebuah konsert di Singapura yang menampilkan kumpulan Europe yang ketika itu terkenal dengan lagu "Final Countdown". Sambil memuji persembahan Wings, Europe juga tertarik dengan persembahan band tempatan yang mampu menarik perhatian penonton.

-Namun berita pengunduran Black dari Wings sedikit sebanyak mengecewakan peminat Wings yang selama ini sudah sebati dengan pukulan drum yang padu darinya.

 Antara gergasi rock

-1990; Pengunduran Black telah memberi ruang kepada pemain drum asal Wings, Jojet untuk bersama Wings semula.

-Sekali lagi berjaya memasuki Juara Lagu 90 melalui carta Muzik-Muzik, Wings berjaya menggondol kategori Persembahan Terbaik melalui lagu Sejati yang ber"hantu" ketika itu. Satu kejayaan yang amat manis buat Wings dan peminat-peminat mereka.

-1991; Mereka terus ke studio rakaman untuk menerbitkan album keempat mereka yang berjudul Jerangkung Dalam Almari. Dengan satu penampilan idea yang segar, album ini lebih menunjukkan keagresifan Wings untuk terus memberikan yang terbaik kepada peminat mereka. Seolah-olah "bringing out the monster inside them", album ini benar benar menepati citarasa muzik rock ketika itu. Dengan jualan mencecah 150,000 unit, Wings terus menerus mempromosikan diri mereka disetiap peluang yang ada.

-1992; Pertama kali Wings membuat satu album kompilasi untuk peminat peminat mereka. Berjudul "Best of Wings", mereka merakamkan semula lagu lagu dari dua album terawal mereka bersama ASP dan ditambah dengan sebuah lagu baru "Hutan Simpan", Wings sekali lagi membuktikan yang mereka mempunyai semangat yang kuat didalam setiap penerbitan album mereka. Dengan jualan yang mencecah ke angka 80,000 unit, Best of Wings merupakan album kompilasi yang cukup berjaya ketika itu.

-Namun arahan pengharaman artis lelaki berambut panjang untuk mendapat promosi di media elektronik sedikit sebanyak menjejaskan karier Wings untuk terus kukuh  sebagai band rock ketika itu. Sehinggalah klimaks arahan pengharaman dimana mereka tidak dibenar mengadakan persembahan terbuka, Wings akhirnya akur dengan peraturan itu. Bersama-sama dengan kumpulan Search, kedua-dua band rock unggul di Malaysia ini akhirnya bersetuju untuk memotong rambut mereka hingga ke paras bahu seperti yang ditetapkan. Upacara memotong rambut ini ditayangkan secara langsung didalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat sendiri telah memotong rambut mereka semua. Secara simboliknya, kedua-dua band ini telah mengumumkan untuk bersama-sama dalam menerbitkan sebuah album yang diberi nama "Double Trouble".

-Setelah hampir 6 bulan berkurung didalam studio akhirnya "Double Trouble" menemui peminat dengan hasil jualan sebanyak 180,000 unit. Siri konsert jelajah Wings dan Search menerusi album ini terus rancak diadakan diseluruh negara.

-1993;  Wings terus melebarkan sayap mereka dengan penerbitan album studio mereka yang kelima. Terbang ke Australia, Wings memgambil langkah berani untuk menerbitkan album mereka sendiri kali ini. "Bazooka Penaka" menemui peminat dengan sesuatu yang segar dari imej Wings sebelum ini. Kematangan mereka dalam setiap satu lagu terus ditonjolkan. Terjual lebih dari 200,000 unit telah membuktikan yang sokongan peminat mereka tidak pernah luntur.

-Masih lagi meneruskan jelajah konsert bersama kumpulan Search untuk siri "Double Trouble". Kemuncak jelajah mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Dua hari selepas konsert tersebut, sesuatu yang mengejutkan apabila Awie mengundurkan diri sebagai pengarah urusan Fly Wings sekali gus sebagai penyanyi utama kumpulan Wings. Liputan meluas mengenai berita itu terus mengisi ruang media elektronik dan media cetak ketika itu. Dengan wajah-wajah yang muram setiap ahli anggota Wings di press conference itu, jelas menunjukkan kesedihan mereka semua atas apa yang berlaku.

-1994; Pencarian penyanyi baru untuk menggantikan Awie bukanlah sesuatu yang mudah. Sebanyak 69 orang penyanyi yang kebanyakannya "Awie wanna-be" telah menghadiri audition, namun pencarian itu menemui jalan buntu. Untuk membuktikan keutuhan Wings tanpa Awie, Joe, Eddie dan Jojet membuat keputusan untuk membuat satu album double dengan menjemput penyanyi-penyanyi yang cukup gah ketika itu dengan menyanyikan semula lagu-lagu Wings yang telah dirakam sebelum ini dan beberapa lagu baru mereka.

-Terlahirlah album "wings and Superfriends" dengan menampilkan 2 siri album yang mana penyanyi seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Amy Search, Mus May, Yantzen, Nike Ardilla, Hattan, Ito, Azul yang dicungkil bakat nyanyiannya dari audition dan sebagainya. Album yang paling rare ketika ini berjaya dipasaran dan membuktikan yang Wings masih berdiri teguh tanpa penyanyi utama

-1995; Pengunduran Jojet mengejutkan lagi peminat peminat Wings ketika itu namun satu berita gembira apabila Black bersetuju untuk kembali ke pangkuan Wings yang masih lagi belum mempunyai penyanyi utama. Setelah diperkenalkan oleh A.Romzie, Wings telah menemui seorang penyanyi yang cukup baik untuk diangkat sebagai penyanyi utama Wings ketika itu. Ismail Zainuddin@Mel telah diserap sebagai penyanyi utama Wings.

-Mereka kemudian masuk ke studio untuk merakamkan album mereka yang berjudul "Orang Asing". Jelas sekali formula Wings berhasil apabila jualan album itu mencecah kepada 150,000 unit. Sesuatu yang lain dari yang lain dipersembahkan dalam album ini membuatkan ia begitu berjaya ketika itu. Namun jodoh Mel dengan Wings tidak lama apabila dia mengundurkan diri dari Wings atas sebab-sebab peribadi.

-Tempat Mel diganti oleh Mus dari kumpulan May yang ketika itu juga sudah berpecah. Kemantapan vokal Mus memang cukup serasi dengan muzik Wings. Menjadikan Wings bertambah mantap dari setiap sudut.

-1996; Allahyarham Andi Rahman telah memberikan sebuah lagu kepada Wings untuk dirakam pada album baru mereka. Tanpa di sangka, lagu tersbut telah menarik perhatian setiap anggota Wings lalu mereka menerbitkan sebuah album baru bersama Mus yang judul "Biru Mata Hitamku"  sempena dengan tajuk lagu yang diberikan kepada mereka oleh Andi Rahman. Album tersebut berjaya terjual dengan jumlah 150,000 unit.

-Wings juga berjaya memasuki Juara Lagu 97 juga dengan membawa lagu "Biru Mata Hitamku". Dengan persembahan yang tidak pernah mengecewakan peminat mereka, lagu itu berjaya dibawa dengan cukup menarik sekali walaupun tidak memenangi apa-apa anugerah.

-1997; Idea untuk menerbitkan album sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri telah dihasilkan Wings. "Puisi Aidilfitri" menemui peminat Wings dengan menampilkan lagu hari raya yang segar berlandaskan konsep muzik Wings. Tidak cukup dengan itu, Wings sekali lagi menerbitkan album kompilasi sempena mengenang jasa JS Kevin yang banyak menyumbang lagu kepada kumpulan Wings. Album yang bertajuk "Masterpiece" menemui peminat mereka ditambah pula dengan sebuah lagu baru yang bertajuk "Pesona Sanubari".

Mengukuhkan kedudukan sebagai antara band terbaik di Malaysia

-1998; Wing dan Search sekali lagi bersatu dalam sebuah album yang berjudul "Double Trouble 2" dengan menampilkan lagu lagu lama yang diberi nafas baru sesuai dengan irama muzik mereka. Juga menampilkan beberapa lagu baru untuk peminat peminat kedua2 gergasi rock di Malaysia ini.

-Wings juga telah masuk ke studio sekali lagi untuk menerbitkan album studio mereka yang ke sembilan berjudul "Mencari Asal Usul". Sesuatu yang menarik ditampilkan didalam album ini hingga berjaya mendapat jualan lebih 100,000 unit.

Comments  

 
+1 #2 Aim Fta 2012-01-07 08:47
:-* pergh cayalah ada lagu2 yang menenangkan minda hehehe
Quote
 
 
+1 #1 Bun Filth 2011-12-26 13:31
:lol: terbaek dah lama d nanti2 kan.....
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

LAGI BULETIN...

BULETIN SEMASA...

blank
KONSERT G4
GEGARAN EMPAT GITARIS LAGENDA
More
blank
KONSERT
MALAYSIAN ROCK FEST 2012 More
blank
"MATI SENYAP"
DI AIM-19 More

REVIEW ALBUM

blank
EASTERN MASSACRE COMPILATION
Pelbagai genre telah dihimpunkan dalam 1 cd..
More